Tuesday, June 9, 2015

Paris : Between Fantasy and Reality


Ok its 1.23a.m right now and I'm totally in the mood of writing a new post about my last year trip..ha nampak kan betapa malasnya kau nak update...bukan apa..last year for me is a very brutal year for me..lots of things happened and it continues until last month..now I finally had the time to get back to my laptop and start typing...dah kurang busy ni rasa ringan beban sikit

Talking about my first euro trip...after sparing half of my working money for the trip I finally managed to organize a trip to three famous euro places..Paris, Brussels and Amsterdam..ok we first start with  Paris... sebab ni memang based yang backpackers punya style so memang nak berjimat gila ni..so plan yang teliti perlu ada untuk memastikan kelangsungan trip ini..baca review kena rajin supaya tak kena tipu masa kat sana...

So from London to Paris we took a bus from Victoria Station London and it was a 10 hour journey..gila tak sakit pinggang kan..tapi nanti the bus will stop at a port where we have to go through lautan rentas ke france and kat atas laut will take about two hours where atas ferry tu boleh lah kalau nak jalan2 sebab seriusly tak rasa langsung macam kat dalam ferry!! rasa macam kat dalam mall beb sebab macam2 ada..restoran, mall, coffee shop bagai...tapi actually kalau tengah jalan kaki tu memang rasa lah goyang2 sikit tu..

this is the only shot yang aku dapat tangkap..ini pon kat area luar ferry where kalau orang nak smoke diorang pergi sini..tapi
aku dapat sekejap jela..dengan angin sejuk bagai memang tak lama lah duduk situ...



So after dua jam kat dalam ferry makanya kami sampai kat border france dan mula untuk cop pasport..diingatkan ketika ini kalau travel through countries by train or bus memang tak banyak songeh sangat sebab kelebihan kita ni yang pasport malaysia ni ada a few countries yang kita boleh cross border europe tanpa perlu visa dan check pasport teliti bagai..try check namanya SCHENGEN AREA...ok ingat ye adik-adik semua..so tiga negara yang aku pergi ni semua dalam list schengen area tu...



We arrived at Paris around 5a.m tak silap...dalam perjalanan, ada kami jumpa dengan sekumpulan lima orang gadis melayu backpackers juga dan aku dengan sikap keramahan mulalah tegur mereka...rupanya mereka ni student medic kat india yang memang pakat nak euro travel selama dua minggu selepas grad...yang aku sempat borak ni nama dia anom...dia ni sebaya aku dan dah berkahwin dan ada anak sorang..respect gila kot dia ni mampu wat adventure macam ni...tapi dia cakap susah gak nak convince'kan husband dia untuk trip ni....so sempat lah bertukar pendapat dengan dia sementara tunggu cara untuk dapatkan transport untuk ke hostel kami...kalau dah pukul 5pagi tu memang satu train pon tak gerak lah ceritanya..so we ended up stranded kat dalam mall cari toilet..tengok toilet lak semua kunci..oh mak ai mati akal aku kat situ..tapi atas budi bicara satu pak guard yang jaga mall ni..akhirnya dia bagi kami guna toilet tu untuk our 'business' setelah selesai subuh, train mula bukak sekitar pukul 7..dekat situ ada pakej yang offer 2 days punya unlimited trip..so kami pon beli yang tu..sorry harga dah lupa..



Tengok sekitar train paris ni atau lebih dikenali sebagai metro, honestly aku tengok kawasan agak kotor dengan bau hancing dan muntah, pastu ada gak locals yang pakai sedap je langkah penghadang tiket mesin tu untuk naik metro free..mungkin pegawai tak check...tapi memang sepanjang dalam train tak pernah lagi orang check just ada je officer check masa dah keluar dari train tu...compare dengan KL punya train..aku lagi bersyukur tengok KL punya train yang agak memuaskan..kalau kat paris punya pintu gerabak siap ada tombol yang kita kena bukak sendiri guna tangan..ha classic kan..


time tengah tunggu first train sampai

nama stesen yang paling dekat dengan mall dan stesen bus

ni antara train yang cantik kami naik,..tapi tak lama lah before kena cari route lain because ada strike ke hape masa tu causing some stations closed that time

muka tak cukup tidur,,,

jalan-jalan kawasan sekitar...





Check in hostel pukul 11 pagi so for the time being kami memang buang masa jela area2 ni cari main attractions area ni..first main attraction kami pergi ialah Musee De Louvre iaitu museum di mana lukisan Mona Lisa di simpan disitu..tapi kami tak lah masuk dalam beratur panjang dengan tiket harga 20 euro tu...jimat punya pasal kan..so amek gambar sekitar jela

epic Fail reaction..biarkan saja budak muka excited ni begini

gambar2 elok macam ni aku post kat instagram lah kan hehe...

kalau ikutkan kita boleh je jalan kaki dari Musee ni ke Eiffel tower..nampak kan? tapi better amek train lah hihi

ni pandangan prisma tu kat dalam

nope this is not the arch tu..just jumpa sekitar kawasan Musee tu



Bayangkan, dah melawat banyak2 tempat tu tapi belum jugak pukul 11 kan?bapak lama terasa masa bergerak kan...kalau time belajar study week tu rasa cepat je masa bergerak sampai tak cukup masa rasa study..time tu mula lah nak nyesal bagai tak study awal2....nak buang masa punya pasal lagi kami masuk lah dalam satu mall lagi yang dekat dengan Louvre ni dan lepak kat McD ni tanpa pesan apa2 dan buat muka tak tahu malu duduk sana...baru tahu kalau backpackers ni kena belajar muka tak tahu malu sikit untuk survive..aku ni lak jenis jaga cun je semua tempat (#muntah hijau) sempat lah aku tidur dengan keadaan duduk tunduk  macam orang sedang berfikir masalah dunia..sempat gak mimpi yang aku kena halau sebab tidur tempat awam..paranoid sangat sampai terbawak dalam mimpi...


Ok bila dah habis check in semua aku masuk lah hostel yang dah siap asing laki perempuan kat situ...tip sikit : better cari dorm yang asing laki perempuan untuk tujuan privasi... kat situ aku satu bilik dengan dua orang korea dan sorang lagi American yang aku sempat jumpa kejap je sebab membe dia ada kat situ..dengan dua orang korea tu baik je diorang je...walaupun ada masalah komunikasi tapi try jugak nak berbual...

Sejam gak aku dapat lelap mata dan juga tukar baju (ye aku tak mandi dari semalam..normal lah kan kalau kat negara iklim sejuk..takyah nak euww sangat) maka perut pon dah berbunyi seperti buat konsert rock..nasiblah kawasan sekitar tu ada kedai arab yang jual kebab2 kat situ...tapi boleh tahan gak harga dia...8 euro untuk hidangan sorang... sedangkan kat london boleh dapat separuh harga kot...time tu ada lah gak sedikit menyesal tak bawak instant food untuk jamah kan....



ni lah dia hidangan yang harga 8 euro satu plate..kalau convert dalam ringgit dalam Rm 40 kot...pengsannn!!


Dah kenyang bagai makanya kami bergerak ke satu tempat yang kalau orang katanya simbol kota chenta lah kan EIFFEL TOWER!!! sampai2 je sana...memang terus kena ikut dengan orang2 black yang jual keychain secara haram tu...like seriously memang rimas kot orang ikut kita paksa2 beli...kang kalau aku nak melawan memang kena belasah lah..gila diorang badan tak nak besar lak dengan tinggi besar sado tu..sikit je lagi aku tengok diorang boleh lenyek aku macam bunuh semut...so cakaplah sopan2 sikit ye seperti orang asia yang kaya budi bahasa....


Tahukah anda yang propose untuk buat Eiffel Tower ni seorang civil engineer yang bernama Gustave Eiffel yang mempunyai idea gila untuk bina sebuah menara yang lagi tinggi dari piramid mesir dengan hanya guna besi je? ye dia memang gila sebab boleh dikatakan semua orang tak suka dengan cadangan dia sebab takut paris tak cantik dengan menara tu,..tapi atas semangat gila dia..akhirnya besi buruk tu lah yang orang dok banggakan dapat jejak kan...so moralnya " jadilah gila untuk berjaya kerana normal itu sangat bosan " contoh : dah grad wajib kerja bawah orang dan juga wajib fikir untuk beli kereta dan rumah..kemudian kalau dah kahwin wajib dapatkan anak dalam tempoh setahun kahwin kalau tak orang akan mula bercakap negatif tentang anda...hoi makcik mainstream,,tak semua orang boleh ikut flow itu..clearly makcik ni belum keluar dari kepompong normal life makcik ni..yelah makcik saya tak hidup sempurna macam makcik, lepas sekolah kahwin dan terus dapat anak dan selang dua tahun dapat anak lagi kan...kemudian sebab  makcik hidup terlalu perfect so makcik mulalah nak cari orang yang tak berapa perfect ni untuk dibualkan...jealous betul lah saya tengok life makcik ni..sebab hidup tak de masalah...nak jugak amek aura2 perfect ni dari makcik (ok aku membebel lebih kat sini..sila skip dan baca caption gambar je kalau tak minat baca)



ok ni baru jumpa the real Arc De Triomph tu (harapnya aku eja betul lah)


yess kami di celah kangkang eiffel tower ini...dekat sini kita boleh beli tiket untuk naik atas tower tu dan juga kalau nak naik tangga ke first floor tu pon boleh rasanaya

gambar yang aku post dekat facebook dengan caption ' made it to besi buruk kota chenta paris' yang berjaya meraih kedua terbanyak  likes di facebook ketika itu (the first one of course masa pic konvo) because having many likes is such a big deal back than 

masa ni dah senja so lampu mula lah bukak dan juga berkelip setiap satu jam..ingat lagi masa first time berkelip semua orang macam  " WAH!!" termasuk lah aku yang jakun ni...kalau locals mesti jemu dah tengok...macam kita tengok KL tower yang kadang berkelip tu lah kan (says the girl whose kampung dekat dengan KLCC..like seriously tak bohong)


time ni bangun sebab dah tak tahan dengan orang yang offer rose dengan wine..gila apa tak nampak aku ni hijabista..oh lupa dia bukan ada subjek pendidikan islam




So malamnya aku balik dan akulah orang paling lambat sampai bilik kerana ketika itu  semua roommate aku dah tidur..maka kesempatan itu aku ambil dengan mandi sebelum tidur bagi hilangkan bau2 hancing kawasan sekitar... (ye puas hati aku dah mandi kan sekarang) heh emo tak memasal

Pagi esoknya kami turunlah ke basement hostel untuk free breakfast disediakan..tengok breakfast orang putih ni memang ringan jelah tak macam kita yang berat macam  nasi lemak kan..diorang ni makan cereal dan roti je..tapi yang aku excited sebab akhirnya dapat makan croissant dari negara asal ciptaan croissant..happy lain macam...dia macam klo kita nak nasi lemak tapi makan kat new zealand..tak feel kan..lagi sedap makan kat negara yang cipta kan..macam tu lah aku rasa... then since aku tengok kat kaunter tu ada je lagi lebihan roti yang tak berusik...aku mula lah nak bungkus ikat tepi roti2 semua tu...aku suh lah member aku ni amek sekali tapi dia malu..so aku dengan muka tak malunya amek jela 3 empat keping croissant bungkus dalam tisu dan cepat2 letak dalam beg like I dont care at all lah kan...member aku time tu rasanya macam tak nak mengaku member bila nampak aku wat macam tu tapi peduli apa kan...the fact is...I grew up doing like this from my mom bila mana masa kecik2 selalu ikut ayah pergi kursus kat hotel and we could tag along so kan hotel selalu bagi free breakfast kan untuk dua orang so selalunya mama mesti akan pergi bersama salah satu anak yang bertuah dipilih ketika itu..kalau aku bertuah time tu aku akan pergi dan bila dah habis makan, mama akan mula amek tisu dan bungkus roti2 dan ban dekat situ untuk bawa balik naik bilik untuk anak2 lain makan..nampak tak kasih sayang mak kat anak tu...ha macam tu lah kasih sayang aku nak bagi kat diri aku kan dan juga the fact yang haruslah berjimat ketika travel,,,

ni lah roti yang aku bedal bungkus sampai 4 keping tu muahahahahah (evil laugh)

comel je basement hostel ni

dan inilah hostel yang kami bermalam satu malam disini...recommended!! jalan kaki pergi train dalam 5 minit je...makanan pon ok...just kalau pergi dengan group of 5 or more people better amek homestay yang boleh masak sebab lagi jimat dari makan luar



So destinasi kami pada hari kedua di Paris ialah Notre Dam... ia adalah sebuah cathedral lama yang menjadi kebanggaan orang perancis..dan kawasan sekitar juga banyak tempat untuk beli souvenir yang boleh tahan murah..dapatlah gak aku beli satu fridge magnet..itu pon aku berkira gila nak beli...kedekut lah katakan...tapi kenangan punya pasal...

inilah dia Notre Dam..kenangan yang aku ingat pasal tempat ni pon cerita cartoon namanya Hunchback of Notre Dam itu pon bukanlah big fan cartoon tu sebab that time aku team 'the little mermaid' dan "cinderella" yang ajar bahawa jangan cinta lama2..kalau jumpa terus kahwin je senang elak maksiat

sekitar

ok korang tau tak ni kat mana?tak tahu baca logo tu ketiak hitam

ok bagi chance lah ye sekali lagi nak pergi sini tapi this time view bukan atas padang dah...

ini view dari stesen lain kami turun

ok last bagi aku muka excited sebelum bergerak ke Brussels

Ok nak tanya sikit ...apa kaitan post aku yang bab fantasi dan realiti dan perjalanan aku ni?sila jawab dalam hati ye sebab aku tahu korang ni banyak silent readers je (based on statistik readers dlm blog ni) ok aku jawab soalan sendiri ni...actually apa aku nak bagitahu ni ialah we cannot expect rainbows and butterflies and fireworks in life...sometimes what you see is not what you get...macam contoh kes eiffel tower...selalu tengok orang2 kaya dan sekutunya pergi macam paling gah lah kan..hakikatnya tempat itu sangatlah pack dan penuh dengan orang yang jual2 paksa tu kan..belum mention pasal metro dia lagi kan...itu jugak lah yang aku nak kaitkan dalam hidup...macam juga target hidup..kalau kita target untuk bina sebuah syarikat, mustahil senang je flow dia...tau2 je dah kaya..jangan nak membongak je...kalau betul lah begitu senang patutlah ramai orang kita masuk MLM yang katanya 'tak perlu modal, tak perlu cari orang" tu...you know what..thats total BS!! you want to succeed, work hard for it...terima je segala baik buruk dalam perjalanan tu...



Aku rasa dalam banyak2 post perjalanan aku aku rasa ini lah yang paling straightforward tak fikir apa dah aku tulis from the heart ni...selamat membaca dan till next post!!









No comments: