Monday, December 7, 2015

My Hokkaido Journey Part Two : New Chitose Airport - Asahikawa

 Since aina dan izzati (the ones yang saya jumpa kat group) dah sampai sapporo a day earlier, so kami pakat nak jumpa kat airport dan pickup kereta sewa kami kat airport. Pada awalnya serius aku agak cuak sebab tak dapat nak contact either one of them sama ada diorang dah sampai atau belum..mulalah aku fikir negative macam diorang overslept lah bagai tinggalkan akulah bagai hahaha negative gila kan teruk betul adlin ni..setelah tunggu lebih kurang sejam setengah dengan bantuan wifi free airport, maka dapatlah jumpa dengan aina..rupanya diorang lambat sebab sesat naik train.. tapi perasaan lega teramat tu memang perghh..haha.. ok fine aku mengaku aku cepat gelabah..

Selepas selesai pick up kereta, maka kami pon menuju ke asahikawa. Oh lupa nak mention, sepanjang trip kami ni sikit pon tak beli portable wifi dan sim card. Semua depends pada free wifi dan juga gps code yang kami letak kat kereta.. pada mulanya memang nak beli sim card kat airport, tapi bila all payments via credit card  terus tak jadi..kami semua tak de credit card weh...

Perjalanan dari airport ke asahiyama zoo mengambil masa dalam 2 jam 30 minit. Ketika itu aina yang drive sepanjang perjalanan. Aku lak memang duduk kat belakang membuta hehe..

yeah sampai di Asahiyama Zoo. disebab kan malam agak cepat time winter ni maka zoo ni pukul 3 dah tutup dan kami lak sampai pukul 2. ada sejam nak explore zoo ni..dan kami nak tengok haiwan yang tak ada kat malaysia je e.g penguin, polar bear..

kami!!! meet aina (kiri) dan izzati (tengah)

yeay dapat tengok polar bear!!! aku punya noob tu aku ingat nak tengok polar bear ni boleh kat antartica je haha..tiket murah je,,820 yen (sekitar rm30 or less)per entry dan tengok lah apa2 binatang sampai lebam.. kat malaysia masuk je dah rm 32, nak tengok panda  rm50 pehal..oh lupa,,this is malaysia...


selfie dengan kuda ni sebab umur kuda ni sebaya aku hihi..

hi Mr Penguin!! suka sangat tengok  bila zoo ni dia punya jarak dengan pelawat dekat je..kalau tengok pic ni..bila2 je aku  nak julur tangan dan pegang penguin ni..tapi sebab bau busuk punya pasal maka terbatal hasrat..yang kuning2 kat batu tu bukan tanah ye..tapi sisa buangan mereka..

ha ni pandangan dari jauh..

kat sini sangat nice sebab kita boleh tengok baby penguin swimming keliling laluan ni..kalau perhati betul2 nampak lah sekor dua kat situ..
jumpa tempat cantik haruslah snap..nama pon jakun

begitu juga view begini...suka tengok kampung2 macam ni..
Kemudian kami  pergi ke hotel tempat kami akan menginap yang tidak jauh dari zoo iaitu dalam 10km sahaja dan check in kat sana. Kami book through booking.com dimana masa book hotel tu kita boleh bayar time dah sampai dan tak perlu bagi upfront masa booking online. Hotel yang kami pilih ialah Toyo Hotel. Dan nak murah punya pasal, kami book smoking room..masa masuk tu memang kuat betul lah bau rokok..tapi lepas spray banyak2 air freshener..ok lah sikit...sekali lagi aku nyatakan.. kami travel bukan keselesaan yang dicari..tapi pengalaman yang dinanti.

Malamnya( baru pukul 4 tapi gelap macam pukul 8) lepas kami makan brahims dan bersihkan rehatkan diri bagai, kami jalan2 lah sekeliling bandar asahikawa. Jusco pon tak berapa jauh dari hotel. tujuan utama nak cari sim card je..tapi sebab cakap macam ayam itik, maka sekali lagi tak dapat jumpa sim card..

saja nak try freshly blended juices kat aeon ni..I bought avocado milk..not bad lah rasa


dan sekali lagi acah2 gambar hipster yang tak berapa nak menjadi hihi

No comments: